Total Pageviews

Sunday 17 March 2013

BerKunjung ke Torrens Island Market, Adelaide

Kira-kira 3 bulan yang lalu......

Kali pertama ke sini dalam masa sepanjang lebih 3 tahun aku di Adelaide. Betul ke ayat aku ni. Kira fahamlah. Ini pun atas ihsan secouple sahabat yang datang bertamu di rumah aku bulan 12 di awal musim panas dulu. Mereka bawa aku ke sini sebab mereka telah pernah ke sini sewaktu pengajiannya dulu. 

'Torrens Island Market',  menarik juga pasarnya. A aah... ini memang salah satu pasar minggu sayur dan buah serta hanya ada sedikit ikan masa aku berkunjung tu. Ikannya pula adalah ikan-ikan segar yang baru ditangkap. Mungkin jarang di kunjungi sahabat-sahabat kami kerana di sini tiada dibuka ruang carboot sale. Jika ada lah carboot sale katakan, rasanya pasar ini juga akan menjadi tempat kunjungan setiap minggu bagi mereka yang merupakan penggemar-penggemar barangan second hand yang terlalu ramai dikalangan kami. :-)... 

Walau pun pada masa aku datang tu telah bermulanya musim panas, namun, kerana pasar tu berada di tepi laut, hanya mereka yang pernah sejuk ditiup angin dalam suhu yang rendah saja memahaminya. Masih aku rasa tidak berbaloi atau cukup dengan jaket yang aku pakai. Tambah pula aku tiba di awal pagi. 

Sama seperti pasar Gepps Cross, di sini juga ada pelbagai pilihan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk di beli, atau paling tidak pun untuk di pandang sahaja, cukup mengiurkan aku yang suka melihat kesegaran hasil pertanian ini. 
Beberapa foto lagi yang sempat di ambil.....
 
 

Pernah kah aku melihat carrot dengan warna-warni begini...? Tak terlintas pula masa tu untuk membelinya, terlepas lah peluang untuk aku mengetahui bagaimanakah rasanya. Mungkin di lain kali....

Bagi peminat sayuran dan buahan segar, apa salahnya sekali-sekala berkunjung ke Torrens Island Market ini. Sesiapa yang takutkan anjing, jangan risau kerana binatang itu telah tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kawasan pasar ini. 
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment