Total Pageviews

Friday 15 February 2013

LakSam


Entah kali ke berapa aku buat laksam ni, tapi haruslah dikala rajin dan jika ada permintaan. Tentulah kan... kalau dah tengah malas tu semua tak menjadi. 
Laksa dan laksam, antara dua hidangan tradisional negeri aku. Jika laksa tu bermacam-macam laksa pun ada mengikut negeri, macam laksa Kelantan, laksa Terengganu, laksa Kedah, laksa Penang, laksa Johor, laksa Serawak dan mungkin macam-macam lagi. Tapi setahu aku laksam hanya berasal dari Kelantan dan Terengganu saja.
Sebenarnya tak susah untuk membuat laksamnya, cuma bagi aku, perlukan sedikit kesabaran semasa mengukusnya. Kena ada pengukus yang agak besar atau jika tiada pun boleh juga gunakan kuali yang besar sikit. Tapi bergantung juga, tak nak pakai yang besar pun, boleh je pakai dulang yang bersaiz lebih kecil dari kukusan. Dapat tangkapkan. Lepastu kena berdiri lama masa proses memasaknya. 

Ini bancuhan yang aku cair sebatikan antara tepung beras majoritinya, sedikit gandum, sedikit tepung jagung, sesudu cuka epal dan secubit garam. 

Sediakan loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak (supaya tidak melekat), masukkan satu atau satu senduk setengah (mengikut saiz loyang) bancuhan tepung ke dalam loyang. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.

Apabila air dalam kukusan telah mendidih, letakkan loyang dan tutup. Kukus dalam kira-kira 3 hingga 4 atau 5 minit sahaja.

Angkat dan biarkan suam. Alamak...! minta maaflah, gambar ni je yang aku ambik untuk part ni. Dah letak tersenget sikit atas rak dalam pengukus, sebab tulah nampak nipis sikit yang tepi tu.....dan aku pakai dua bentuk loyang, bulat dan 4 segi.

Bila dah agak suam, boleh gulungkan dia perahan-lahan.
Ulangi langkah pengukusan hingga habis bancuhan tepung atau setakat mahu je. :-)

Pastu guntinglah untuk dihidangkan.

 Hidangan yang diatur pada suatu sesi minum petang.....

Menu simple yang boleh dimasak oleh sesiapa yang ada masa dan time rajin juga.... Cubalah.... :-)
Posted by Picasa

2 comments:

  1. Salam...terliurnya.....
    rasa lapar menjelma dalam diri....
    sodap..sodap..
    kami nak rase juge....boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak makan boleh je... Kena atur temujanji dulu... :-)

      Delete