Total Pageviews

Sunday 11 March 2012

OmeLeTTe

Omelette Simple Ku

Sarapan pagi yang mudah berasaskan telur. Tapi biarlah sekali sekala, bukan apa... itukan telur yang ada kandungan kolesterol. Jangan lebih 3 kali seminggu makan telur, kata rencana kesihatan. Kata yang lain pulak tak apa je jika makan telur putih sebanyak mana dan sekerap mana pun tapi jangan telur kuning. 

Apa pun saja ingin ku abadikan resepi simple sarapan omelette kegemaranku ini. Macam telur dadar lagaknya tapi lain sikit dengan telur dadar kerana telur dadar untuk dimakan dengan nasi kan.....

Bahan-bahan : (untuk 2 orang)

4 biji telur saiz sedang
Beberapa kuntum cendawan butang (ikut suka, boleh tambah sayur lain jika suka) - Dihiris nipis.
3/4 cawan susu segar
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh black papper
1/2 sudu teh white papper
1 sudu esar keju parmesan
2 keping cheese

Cara membuatnya :

Dalam satu bekas, pukul telur. Masukkan susu segar, garam, black papper, white papper, keju parmesan dan kacau sebati. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak untuk menggoreng cendawan ( tak goreng dulu pun tak apa, tapi perut aku tak boleh terima, nanti cirit jadinya). Bila dah agak tidak mentah bahagikan dua kerana resepi ni untuk 2 orangkan. 
Panaskan sesudu minyak dalam kuali non stick dan masukkan separuh bancuhan telur serta satu bahagian cendawan, sebatikan. Guna api yang perlahan. Tunggu agak dia masak (tak payah terbalikkan), letak sekeping cheese dan telur tadi dilipat dua. Letak dalam satu pinggang. Sambung buat yang satu lagi. Sedia untuk dihidangkan...

Omelette ini boleh di hidangkan dengan roti bakar dan sos simple. Jika ada boleh tambah kacang merah dalam sos tomato dan juga bersama sosej bakar. 

Selamat mencuba.....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment